Saturday, September 4, 2010

PERJALANAN HIDUP YANG BARU

Ya ALLAH...

Saban kali kenangan pahit itu terlintas di fikiranku, ku cuba mendekatkan diriku pada-Mu kerana dapat kurasakan ketengan jiwaku ini. Aku hanya mampu merintih mengadu resah dihatiku ini pada-Mu ya Allah.
Walaupun mungkin aku tak mungkin mampu memaafkan dia, tetapi aku tidak pernah lupa untuk memohon  supaya Allah memberikan kesedaran padanya atas apa yang telah dilakukan padaku. Aku pasti sampai satu ketika dia akan sedar keperitan yang aku lalui sendiri setelah dia berkahwin dan dia akan faham betapa aku kecewa diatas kehilangan yang terpaksa aku tanggung. Allah Maha Adil dan aku pasti hanya masa akan menentukan bila kah kesedaran itu akan terlintas dalam dirinya.Apabila dia sedar semuanya aku pasti dia akan datang mencariku untuk memohon kemaafan kerana dia tidak akan menemui ketenangan yang dicarinya sehingga dia memohon maaf.

Kini aku sudah mula dengan kehidupanku yang baru dengan harapan semuanya berjalan lancar. Walaupun aku sedar aku belum cukup sempurna tapi aku sudah semakin yakin dan sedikit berbangga dengan kehidupan ku yang lebih dirahmati dijalan Allah. Aku sedang cuba untuk menjadi anak yang baik untuk kedua ibu bapa ku , mungkin seorang isteri yang solehah kepada bakal suami dan jika aku diberi peluang lagi ingin sekali aku menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anakku suatu hari nanti.Aku sedar dia masih terpesong dijalan yang salah dan aku berharap dia kembali kejalan Allah.

Ada ketika terdetik hatiku untuk terus mengenakan tudung tetapi mungkin aku belum cukup bersedia. Insyaallah suatu hari nanti apabila hatiku sudah menemui NUR dari-Mu ya Allah. Bila kah hari itu akan tiba? Hanya Kau Yang Maha Mengetahui kerana setiap perjalanan hidupku telah Kau tentukan sebelum aku lahir ke dunia ini. Takdir yang Kau tentukan harus ku telan selagi Kau ingin aku bernafas di muka bumi ini. Jika ini takdir yang Kau tentukan supaya aku kembali kejalan-Mu aku redha.

XOXO

Friday, September 3, 2010

BIARKAN IA BERLALU PERGI

YA ALLAH ,

terlalu banyak dugaan hidup yang Kau berikan padaku...
jika difikirkan kembali bagaimana aku masih bertahan sepanjang 3 tahun yang lalu...
segala yang ku lakukan dan pengorbanan yang ku lakukan untuk insan yang aku percayai sehingga sanggup ku mengetepikan keluarga sendiri demi bersama nya.Tidak pernah ku terduga aku sanggup mengorbankan segalanya untuk melindungi dia dan kini aku hidup dalam perasaan bersalah seumur hidup. Begitu setia aku memegang hubungan itu tapi segala pengorbanan aku dibalas dengan keperitan.Seumur hidup ku ini tidak pernah ku menjaga hubungan selama itu dan tidak pernah ku korbankan segalanya untuk seseorang. Begitulah besarnya Cinta ku padanya.Mustahil aku dapat memaafkannya walau aku sudah tidak bernafas lagi. Segalanya kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupku.

Aku redha pada-Mu ya Allah jodoh ku bukan bersamanya tetapi kenapa Kau duga aku ketika Kau hadirkan rahmat yang paling indah dalam hidupku ini? Sehingga aku melakukan kesilapan yang  ku kesali sehingga nafas yang terakhir walaupun ketika itu aku telah dapat mengecapi kebahagiaan yang baru dengan rahmat dari-Mu. Aku amat merinduinya hanya Kau yang mengetahuinya. Aku kesal kerana tidak sempat ku menatap wajahnya dan mengucup dahinya walau sesaat. Setiap kali ku mengingatinya tanpa kusedari air mata akan mengalir dipipiku, tangisan kerinduan menceritakan betapa ku merinduinya. Setiap kali ku mengerjakan solat tidak pernah ku lupa untuk memohon pada-Mu semoga Kau hadirkan dia di dalam mimpiku walau untuk seketika supaya dapat ku mengubati kerinduan kerana ingin kutatap wajahnya dan mengucup dahinya.Ingin juga ku memohon maaf darinya atas apa yang aku lakukan semata-mata untuk melindungi orang yang aku sangka dapat kubergantung harap. Sepanjang aku bersamanya untuk sekali seumur hidup aku tidak berasa keseorangan walau pun aku sedang menghadapi dugaan. Masih segar di ingatan aku sentiasa berbual dengan mu, aku tidak henti-henti memohon maaf dan menyatakan betapa ku menyayangimu.Setiap malam jumaat akan kupastikan aku sedekahkan bacaan surah Yaasiin kerana walau aku tidak berpeluang memberi yang terbaik untuknya , aku ingin pastikan dia mendapat tempat yang terbaik disana.

Kini segalanya terpaksa ku telan demi meneruskan sisa hidup ini.Kenalanku selalu berkata aku begitu tabah menerima segala ketentuan-Nya, ingin sekali ku menyatakan pada mereka bahawa aku terpaksa menerima takdir Yang Maha Esa. Walau beberapa kali aku cuba menamatkan hidup ini, ternyata ajal ku belum tiba dan terpaksa lah aku kuat berdepan dengan dugaan ini. Kata-kata sahabat baik ku selalu aku ingatkan pada diri ini untuk tidak putus asa dengan hidup." Walaupun dia sudah tiada, dia pasti nak tengok kamu terus hidup dan tidak putus asa. Dia pasti melihat kamu dari sana." itulah pesanan sahabatku yg memberikan aku semangat.Jauh disudut hati ini aku ingin menyatakan,

I'M STAYING ALIVE FOR YOU SAYANG, I CAN'T WAIT TO BE THERE SO THAT I CAN BE WITH YOU FOREVER AND THIS TIME I WILL NOT TAKE THAT CHANCE FOR GRANTED...

Satu-satunya pendorong aku untuk tabah menghadapi dugaan dan menjadikan hidupku lebih baik serta diberkati-Mu ya Allah.

Segalanya hanya tinggal kenangan dalam diari hidupku.Semua ini antara mimpi dan realiti.Bimbing lah aku Ya Allah dan lindungi aku dari segala dugaan hanya pada-Mu dapat kupohon dan menceritakan segala yang kulalui.
 
SAMADA BINGKISAN INI REALITI ATAU HANYA SEKADAR CORETAN ANDA TENTUKANLAH...hanya Yang Maha Esa mengetahui .

XOXO